Monday, September 10, 2012

Pembinaan Tembok Penahan Tebing Tanah - Felda Bukit Besar

Langkah-langkah:
1. Kerja-kerja ukur sempadan lot tanah dan pelan survey perlu dibuat dahulu bagi mengikut undang-undang sediada.
2. Pelan cadangan rekabentuk binaan dan kos kerja-kerja pembinaan perlu dibuat dan dibincangkan dengan pemilik rumah.
3. Binaan perlu mengikut spesifikasi standard asas kejuruteraan binaan.
4. Bayaran pendahuluan dan seterusnya adalah mengikut peringkat binaan.


Status: 12-09-2012
update nov 2023

Tuesday, August 28, 2012

Penguatkuasa MBJB Membuat Tinjauan Ke Atas Binaan Yang Tiada Permit Sementara

JOHOR BAHRU:
Hari ini para penguatkuasa MBJB dikerahkan untuk memeriksa binaan bangunan yang tiada kebenaran permit. Binaan tersebut adalah seperti bangunan showroom menjual kereta, tambahan unjuran bumbung (awning) di hadapan bangunan seperti kediaman dan sekolah. Para pemilik premis atau bangunan perlu mendapatkan perunding pelukis pelan atau arkitek bagi membuat permohonan kelulusan pelan ke Pihak Berkuasa Tempatan.

Thursday, August 02, 2012

Loan Calculator: Mengira Kelayakan Pinjaman Perumahan Anda - Julmazli Dot Com

Loan Calculator: Mengira Kelayakan Pinjaman Perumahan Anda - Julmazli Dot Com:

TIDAK dapat tidak, pada akhirnya sama ada suka atau tidak anda pasti akan terpaksa membeli rumah juga. Jika memang bernasib baik misalnya tinggal di kampung pun anda masih juga akan terpaksa membina sendiri rumah (dengan kos pembinaan). Amat jarang sekali seseorang mampu membeli rumah secara tunai. Bagi kebanyakan pekerja, pinjaman perumahan la jawabnya.

pinjaman perumahan kerajaan
Berikut adalah kelayakan baharu pinjaman perumahan seseorang mengikut jadual yang dikeluarkan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia melalui laman web rasminya. Jadual kelayakan ini berkuatkuasa mulai Januari 2011.

jadual kelayakan pinjaman perumahan

Kadar kelayakan di atas digunapakai untuk Hakim-hakim Mahkamah Agong/Mahkamah Tinggi dan yang setaraf dengannya, Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam Am, Anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pendek kata untuk kebanyakan kakitangan awam la.

Jika anda memilih untuk memohon pinjaman perumahan kerajaan (daripada Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia), anda boleh gunakan loan calculator di bawah. Bagaimanapun untuk makluman anda, pengiraan anggaran bayaran balik pinjaman adalah berbeza mengikut Panel Takaful/Insuran yang dipilih. Tapi kenapa perlu insurans pula? Sebab peminjam diwajibkan mengambil Insurans atau Takaful Gadai Janji dan Insurans atau Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh pihak berkuasa memberi pinjaman. Jadi anda tiada pilihan.

Dengan menggunakan mana-mana satu di antara lima loan calculator perumahan di bawah, bolehlah anda membuat anggaran bayaran bulanan yang termampu anda keluarkan berdasarkan kelayakan pinjaman yang saya berikan di atas. Sengaja saya memilih syarikat-syarikat Insurans ini kerana ia adalah panel Insurans yang digunakan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia.

Nota* Semasa memasukkan digit di dalam mana-mana home loan calculator di atas, pastikan anda tidak jarakkan digit ya. Contoh yang digit yang betul: 180000 manakala contoh digit yang salah: 180 000 atau 180,000.

Sebagai panduan tambahan, sekiranya anda baharu berkira-kira membeli rumah dan belum pasti rumah yang mana satu ingin dibeli. Saya ada menulis satu artikel yang agak panjang membincangkan apakah aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih mana-mana rumah untuk dibeli. Moga ianya bermanfaat untuk anda.

Kepada anda yang bercadang mahu membuat pinjaman peribadi pula, suka saya mencadangkan sebuah artikel lain yang menyentuh secara ringkas panduan am semasa membuat loan peribadi.Elok sekali untuk dijadikan rujukan kepada mereka yang pertama kali membuat loan peribadi.

P/s: Sila jangan berasa keberatan untuk berkongsi maklumat-maklumat ini dengan rakan lain yang juga sedang berkira-kira membuat loan perumahan yer. icon smile
Diharapkan anda mendapat sedikit manfaat dan terima kasih kerana membaca post ini.


Sumber Asal: Loan Calculator: Mengira Kelayakan Pinjaman Perumahan Anda - Julmazli Dot Com 

'via Blog this'