Dalam kerja2 seharian saya berurusan mengemukakan pelan ke MBSA, antara dokumen yang perlu dikemukakan untuk permohonan kelulusan ubahsuai rumah ialah salinan CF/CCC atau salinan pelan yang pernah diluluskan MBSA yang terdahulu. Rujuk senarai dokumen yang diperlukan MBSA pada artikel borang permohonan ubahsuai rumah MBSA di SINI.
1. Kenapa MBSA minta salinan CF/CCC untuk permohonan ubahsuai rumah?
Jika anda adalah pembeli rumah baru (1st buyer) & berhajat mengubahsuai rumah tersebut, anda perlu sediakan salinan CF/CCC untuk dikemukakan ke MBSA oleh perunding anda kerana CF/CCC tersebut membuktikan bahawa rumah anda telah disahkan siap & selamat untuk diduduki oleh akitek yang berkuasa ke atas projek perumahan tersebut.
Tapi jika rumah dah siap dan masih dalam permohonan CCC @ belum dapat CCC, MBSA tidak akan menerima permohonan pelan dan akan menolak sebarang permohonan ubahsuai rumah yang dikemukakan di kaunter. Salinan CCC/CF boleh didapati dari pemaju perumahan anda atau untuk mendapatkan salinan CF/CCC rumah asal, anda boleh membuat surat rayuan memohon salinan CF/CCC rumah asal dari MBSA.
KLIK SINI & DOWNLOAD CONTOH SURAT PERMOHONAN SALINAN CF/CCC RUMAH ASAL
KECUALI, jika anda membeli rumah 2nd hand dan sebagai 2nd buyer, pemilik asal rumah tidak memberikan salinan CF/CCC kepada anda. Maka dalam hal ini jika anda nak ubahsuai rumah, tak perlu sediakan salinan CF/CCC, cukup dengan membuat satu surat akuan pengesahan bahawa anda adalah pembeli ke-2 dan tiada salinan CF/CCC diberikan oleh pemilik rumah asal. Surat akuan tiada CF/CCC ini boleh dikemukakan oleh perunding ke MBSA untuk proses permohonan ubahsuai rumah.
KLIK SINI & DOWNLOAD CONTOH SURAT AKUAN TIADA CF/CCC
2. Kenapa MBSA minta salinan pelan lulus asal untuk permohonan ubahsuai rumah?
MBSA perlukan salinan pelan lulus asal rumah untuk membuktikan pemilik asal (1st owner) pernah membuat permohonan & mendapat kelulusan ubahsuai kepada rumah asal.
Jika anda membeli rumah 2nd hand dari pemilik asal dan didapati rumah tersebut telah diubahsuai; anda pula ingin mengubahsuai semula rumah tersebut mengikut keperluan anda.
Maka dalam hal ini anda perlu bertanya kepada pemilik rumah asal jika ubahsuai tersebut pernah mendapat kelulusan MBSA & minta sesalinan pelan lulus & dokumen kelulusan dari beliau. Salinan pelan lulus asal ini akan dikemukakan ke kaunter oleh perunding/akitek untuk permohonan ubahsuai pemilik rumah ke-2.
Jika pemilik asal mengaku bahawa beliau mendapat kelulusan ubahsuai rumah terdahulu dari MBSA; cuma pelan lulus @ surat lulus telah hilang dalam simpanan, maka anda boleh memohon sesalinan pelan lulus ubahsuai rumah asal dari MBSA.
ATAU, jika anda telah membeli rumah baru seperti banglo & ingin mengubahsuai banglo tersebut & perlukan pelan asal banglo yang telah diluluskan sebagai rujukan ukuran/spesifikasi bangunan asal untuk perunding anda gunakan dalam menyediakan rekabentuk pelan ubahsuai banglo. Maka bolehlah anda memohon sesalinan pelan lulus rumah banglo asal dari MBSA (jika anda dah minta pelan lulus dari pemaju tapi depa tak bagi).
KLIK SINI & DOWNLOAD CONTOH SURAT MEMOHON SALINAN PELAN LULUS RUMAH ASAL
3. Bagaimana cara nak membuat semua permohonan salinan CF/CCC atau memohon salinan pelan lulus asal dari MBSA?
a. Download contoh surat yang berkenaan pada link download di atas yang saya sediakan.
b. Buat surat permohonan seperti template/contoh surat tersebut.
c. Cetak 2 salinan & tandatangan pada kedua2 surat tersebut.
d. Pergi ke MBSA, tingkat 8 Jabatan bangunan & submit surat ke kaunter no.1
e. Submit 1 surat di kaunter untuk MBSA & minta staf kaunter cop/sign surat ke-2 sebagai salinan untuk simpanan anda.
f. Minta nombor telefon staf in-charge rayuan/permohonan anda supaya anda boleh call & follow-up setiap minggu status rayuan/permohonan anda.
APA TINDAKAN MBSA SELEPAS PERMOHONAN DITERIMA?
Biasanya MBSA akan membuat carian dokumen yang anda mohon dalam 14 hari bekerja atau kadang-kadang berlanjutan hingga 30hari. Anda boleh boleh call staf incharge & follow-up status rayuan/permohonan anda. MBSA akan keluarkan surat resmi menyatakan dokumen telah dijumpai dan anda boleh ambil di MBSA tingkat 8. Sediakan RM50 untuk bayaran permohonan salinan CF/CCC dan sediakan RM100 untuk bayaran permohonan salinan pelan lulus rumah asal.
Diharap artikel kali ini akan membantu anda membuat permohonan salinan CF/CCC @ permohonan salinan pelan lulus dari MBSA bagi tujuan ubahsuai rumah anda. Selamat mengubahsuai rumah & jumpa lagi dalam artikel yang akan datang insyaAllah!
www.planlulus.com
http://tips-ubahsuai-rumah.blogspot.my/2016/10/panduan-cara-memohon-salinan-cfccc.html?m=1