Wednesday, January 03, 2018

Prosedur Bina Rumah Banglo

Apa yang perlu anda tahu sebelum membeli lot tanah banglo atau rumaj jenis sesebuah?

1. Pastikan saiznya tidak kurang daripada saiz lot biasa (standard)

2. Pembelian hendaklah secara sah yang ada kotrak belian atas kertas. Sebaiknya lantiklah peguam.

3. Lihat keadaan sekeliling rumah. Adakah ia dalam keadaan selamat dan selesa.

4. Pastikan Keluasan maksima yang boleh dibuat setelah ditolak anjakan (setback) daripada garis sempadan. Biasanya 6m daripada sempadan yang ada nama jalan dan 3m sisi yang lain.

5. Periksa keadaan tanah. Adakah ia tanah tambakan yang perlukan masa untuk stabil? Atau tanah bukit yang cukup kuat.

6. Carilah Arkitek untuk mengetahui lebih terperinci. Prosedur semua perlu diikuti sehingga perolehi CCC. Ada ramai juru perunding yang anda perlu lantik. Elakkan diri anda daripada keliru dan ditipu.

Ikhlas.

ARKIDEA DESIGN