Monday, March 04, 2019

Wahai PBT: Rumah kecil tetapi anak ramai.

Ramai rakyat marhaen yang tidak mampu membeli rumah yang bersaiz besar dan mempunyai bilik yang cukup untuk keperluan anak-anak.

Jika dahulu pembinaan rumah kos rendah mempunyai hanya dua bilik sahaja dan bilik anak lelaki tidak dapat diasingkan dengan anak perempuan. Ini memberikan impak yang kurang baik daripada segi minda dalaman dan luaran untuk anak-anak.

Kini kerajaan mula sedar bahawa kita memerlukan minimum 3 bilik di dalam 1 rumah. Kos untuk membina rumah ini semakin naik berkadaran dengan kos pembinaan dan saiz rumah.

Rakyat marhaen perlu diberikan peluang untuk menambah baik keadaan rumah murah yang sedia ada seperti memberikan bantuan peruntukan dan pinjaman kewangan bagi kerja-kerja renovasi dan kos penyelenggaraan rumah sedia ada.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti MBJB, MBIP, MPPG, MPKU dan MDKT perlu memudahkan mereka untuk memperolehi kelulusan pelan dan permit pembinaan ditapak rumah. Elakkan perkara yang remeh temeh sebagai syarat kelulusan pelan dan permit pembinaan tersebut. Seperti bumbung rumah tidak boleh dinaikkan sedikit daripada ketinggian asal dan anjakan (setback) Yang kurang sedikit.

Seperti yang kita maklum bahawa ketinggian bumbung rumah kos rendah sedia ada memang sangat rendah. Ini menyebabkan ruang dalaman rumah lebih panas dan kurang selesa.

#RakyatMarhaen
#RumahKosRendah